Dec 28, 2008

BLOG BARU AZAM BARU

Blog ini baru sahaja saya bina.Tujuannya untuk memudahkan saya memberi fokus kepada hal-hal berkaitan mata pelajaran Bahasa Melayu. Lagipun tulisan yang saya 'post' ke blog lebih tersusun berbanding sebelumnya. Namun halaman utama blog saya ialah blog Cikgu Aniza @ Cikgu K.A.

Saya bina blog ini khusus bagi membantu pelajar-pelajar terutamanya pelajar-pelajar saya.Hanya ini tambahan maklumat yang boleh saya berikan untuk meningkatkan pemahaman pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Semoga usaha saya berbaloi.

Oleh sebab masih baru maka belum ada apa-apa bahan yang saya tulis atau sediakan. Walaupun begitu, saya sudah tambah pautan kepada laman Cikgu Bahasa Melayu yang saya rasa amat berguna untuk pelajar-pelajar atau rujukan guru.

Selamat melayari laman guru BM!