Jan 24, 2009

TEKNIK MENJAWAB KERTAS 2 PMR BAHASA MELAYU

TEKNIK MENJAWAB KERTAS 2 BAHASA MELAYU PMR

PEMBAHAGIAN SOALAN

BAHAGIAN A i - Ringkasan Karangan
BAHAGIAN A ii – Pemahaman
BAHAGIAN B - Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan
BAHAGIAN C - Karangan Respons Terbuka
Bahagian D - Pemahaman Novel

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN A i

a.Cari sekurang-kurangnya lima (5) isi
b.Tulis semula isi-isi dalam satu perenggan
c.Sambungkan ayat-ayat menggunakan penanda wacana seperti:
  Selain itu
  Justeru
  Sehubungan dengan itu

d.Elakkan daripada menyalin terus daripada petikan
e.Elakkan menyalin isi secara terpilih

Pemarkahan Bahagian A i

ISI - 5 isi x 2m = 10 m
Bahasa = 10 m
Jumlah = 20 m

BAHAGIAN A ii (Pemahaman)

Soalan 1 : maksud kata/rangkai kata 2 markah

Maksud perlu tepat mengikut konteks dalam petikan dan ditulis dalam ayat gramatis  

Soalan 2 

Soalan pemahaman (isi tersurat berdasarkan petikan) 4 markah

2 isi (yang tepat dan ditulis dalam ayat yang lengkap dan gramatis )
x 2 markah = 4 markah


Teknik Menjawab Soalan 2

Jawapan ada dalam petikan yang diberi.
  Berikan dua isi yang tepat.
  Tulis jawapan dalam ayat yang gramatis.

BAHAGIAN A ii (Pemahaman Kemahiran Berfikir)

Soalan 3 
Soalan pemahaman (isi tersirat/isi berdasarkan pengetahuan luar yang berkaitan)
  4 markah

TEKNIK MENJAWAB SOALAN 3 

Jawapan TIADA dalam petikan yang diberi.
  Berikan dua isi yang tepat.
  Tulis jawapan dalam ayat yang gramatis

BAHAGIAN B (Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan)

Markah penuh - 20 markah
Isi karangan berdasarkan bahan rangsangan yang diberi
Bahan rangsangan :
  Gambar tunggal
  Gambar bersiri
  Iklan
  Gambarajah

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN B  

Bahan rangsangan hanya sebagai alat pencetus idea / peta minda
Isi karangan boleh diambil daripada bahan rangsangan 
Isi karangan boleh berdasarkan pengetahuan luar pelajar ( yang berkaitan)
  

BAHAGIAN C (Karangan Respon Terbuka)

Markah penuh - 40 markah
Karangan dinilai berdasarkan :
 a) Penggunaan Bahasa
 b) Idea / Isi 
 c) Pengolahan

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN C


Baca soalan dengan teliti.
Pilih tajuk karangan yang benar-benar difahami.
Cadangan : Isi + huraian + contoh
Bilangan perkataan perlu lebih 180 patah perkataan.
Unsur keindahan bahasa perlu dimasukkan dalam karangan 
Frasa menarik (FS) membantu meningkatkan markah

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN D (Pemahaman Novel)

Pilih novel yang benar-benar diketahui jalan ceritanya.
Nyatakan nama novel yang dipilih dalam jawapan.
Tulis jawapan dalam satu perenggan sahaja.
Ayat yang dibina mestilah gramatis.
Isi mestilah disertakan dengan huraian/contoh berdasarkan watak/peristiwa/latar (mana-mana yang berkaitan)





11 comments:

  1. sya akn ikut teknik2 ni.. trma kasih cikgu.

    ReplyDelete
  2. sy pon nak kata sy akan ikut teknik cikgu
    terima ksh cikgu.........terbaikkkkkk......sy akan
    wat yg terbaikkk

    ReplyDelete
  3. Insyallah sy akn memperolehi mrkh yg tertinggi.. tq ckgu

    ReplyDelete
  4. Yes Saye Sudah Dpat .... terima Kasih CIkguu .. Kepade Semua Pmr Tahun Ini .. Do The BEst Okayy .. Yeahh ..

    ReplyDelete
  5. terima kasih. semoga ilmu yang dikongsi mendatangkan manfaat.

    ReplyDelete
  6. Heyy ,, Ada x karangan yg berpandukan peribahasa ?? ^^

    ReplyDelete
  7. salam ,, Ada x Karangan Yg Berpandukan Peribahasa ?? ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada karangan yang berpandukan peribahasa. tapi kalau bahagian ringkasan tu tak payah bagi peribahasa,cikgu kata takut membazir ayat. bahagian karangan,u actually boleh masukkan peribahasa! untuk lagi special you kena masukkan ayat menarik,ayat yang jarang orang guna for example kemelut (kesusahan).ahh,just to jelah i boleh kongsi :) good luck for pmr! me too.. hahaa

      Delete
  8. Salam cikgu..sy berminat nk jemput cikgu untuk ceramah teknik menjawab ...hubungi sy di 0132748706. ..

    ReplyDelete